| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Intervensi Memasyarakatkan ODP & Penghuni RP Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan Di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sempena Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1433H

Pada tarikh 26.10.2012 ( Jumaat ) bersamaan 10 Zulhijjah 1433H, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan telah mengadakan Program "Intervensi Memasyarakatkan ODP dan Penghuni RP" di Dataran Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bersempena Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1433H. Program ini diadakan atas permintaan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai petugas semasa Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha 1433H di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada tahun ini. Program ini melibatkan seramai 10 ODP, 5 Penghuni RP dan 1 bekas ODP serta 13 anggota Parol, 1 Penyelia RP dan 3 anggota Penjara Seremban diketuai oleh PP Ahmad Zaini Bin Abu Hasan, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan. Aturcara program bermula seawal jam 0800 pagi dan berakhir jam 3.00 petang melibatkan pelbagai aktiviti seperti Solat Sunat Hari Raya AidilAdha, aktiviti qurban lembu, Jamuan Terbuka kepada rakyat bermula jam 1000 pagi sehingga jam 1.00 tengahari, Solat Jumaat dan berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari. Melalui program sebegini, diharap dapat mewujudkan perhubungan mesra diantara ODP dan Penghuni RP dengan masyarakat luar serta membuktikan bahawa ODP dan Penghuni RP sebenarnya tidak dipinggirkan dalam menjalani hidup bermasyarakat. Berdasarkan kepada pencapaian program ini, pihak Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan berhasrat untuk meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang.

 

""